Tuesday, September 30, 2008

Pengekalan Warisan Kesenian

Cara-cara mengekalkan warisan kesenian

1) Kuat Kuasa Undang-Undang

- Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.

2) Pendokumentasi

- Usaha pendokumentasi bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.

3) Pendidikan

- Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.

4) Mengadakan Kursus Kesenian

- Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian

No comments: