Tuesday, September 30, 2008

Kepentingan Warisan Kesenian

Tiga Kepentingan Warisan Kesenian

1) Perpaduan Kaum

- Di dalam bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya, setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.

2) Peluang Kerjaya

- Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaankepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.

3) Industri Pelancongan

- Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarikpelancong tempatan dan luar negara. Contohnya kesenian kraf seperti batil, ukiran kayu, labu sayong, anyaman dan songket. Pelancong juga tertarik  kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari memberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.

No comments: